10 Jan 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah!

Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1429H kepada semua umat Islam yang menyambut tahun baru pada hari ini.. Tahun Hijrah dan Tahun Masihi merupakan dua tarikh yang masyhur dan dikenali di kalangan masyarakat Islam khususnya. Walaupun mempunyai sejarah berbeza namun keduanya merupakan tarikh yang digunapakai dan kadangkala digabungkan dalam satu kalendar di Malaysia. Mengikut sejarah, tahun Hijrah dikira berdasarkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah... manakala tahun Masihi di kira mengikut kelahiran Nabi Isa a.s Tahun Hijrah secara khusus hanya terkenal dalam masyarakat dan dunia Islam. Ia dikaitkan secara langsung dengan Islam. Manakala awal tahunnya pula dijadikan antara hari-hari kebesaran Islam.Tahun Masihi pula memang dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana seluruh dunia menjadikannya tarikh utama di dalam kalendar mereka. Awal tahunnya dijadikan hari besar dan dirayakan, termasuk lah rakyaat Malaysia.. Azam tahun baru mama Irfan..??

2 comments:

Joan D'Arcy said...

Sweet smiling!!! so sweet!

MamaIrfan said...

iya.. his smile always me "cair"... :)